Magic of the Nights in Putrajaya telah lama berlansung. Aku ingatkan dah pos kat sini tapi rupa-rupanya masih dalam draft bersekali dengan majlis berkaitan.Sabo je le..
Program Tourism Malaysia dan Perbadanan Putrajaya yang berlansung selama seminggu ini bertujuan untuk terus-menerus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi percutian yang menarik. Setiap negeri menghantar wakil masing-masing memperlihatkan keunikan dan kreativiti masing-masing mendekorasikan kapal dengan lampu beserta flora dan fauna yang terdapat di negara kita.
Jika siangnya diadakan Floria @ Putrajaya 2014 malamnya pula dipertontonkan kapal berhias yang bertempat di Persisiran Tasik dan Marina, Presint 4, Putrajaya. Persembahan hiburan cahaya dan bunyi yang bertemakan 'Colours Of Harmony' disamping perarakan bot berhias disudahi dengan keindahan pertunjukan bunga api yang berwarna-warni. Sangat cantik berwarna-warni. Selain daripada itu terdapat juga gerai jualan pelbagai barangan dan makanan sebagai acara sampingan.
Bangunan apa ni ye? Menarik betul ada rumput atas bumbumg. Buat tempat lumba basikal pun best jugak ni.
Wakil Negeri Sembilan
Aku pergi di hari terakhir dimana penyampaian hadiah untuk pertadingan fotografi dilakukan. Macamana aku boleh tak alert eh fasal pertandingan tu? Entah entah boleh menang...aku tengok macam sama je gambar pemenang tu dengan gambar aku heheh.. (perasan sket).
Oleh kerana acara ini dibuat secara tahunan, kepada yang terlepas tu tunggu ajelah program tahun ni pulak. Lambat sikit kot sebab pertengahan Jun dah Ramadhan. Bulan puasa lebih seronok ke masjid.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.