Kita sambung lagi pengembaraan di Kundasang, Sabah. Semua tempat kita tak mahu terlepas nanti bila balik rumah teringat-ingat pula.
Kami membawa anak-anak mengimbau sejarah lampau yang tidaklah begitu lama tetapi sangat terkesan di hati mereka yang terlibat secara lansung. Satu sejarah pahit perang dunia ke-2 dirakamkan di Kinabalu War Memorial, Kundasang. Ada beberapa artikel akhbar yang dipamerkan di sini untuk tatapan generasi muda dan orang yang ingin mengambil tahu.
Kisah Prisoners of War (POW) yang kebanyakannya tentera Australia yang dipaksa berjalan kaki dari Sandakan ke Ranau. Dua orang sempat melarikan diri diawal perjalanan manakala empat lagi setelah sampai di Ranau dan mendapat bantuan orang kampung tetapi lebih ramai yang meninggal dunia akibat keletihan, kelaparan, penyakit dan diseksa. Betapa kejamnya tentera Jepun pada masa tu. Zalim betul mereka di zaman perang tu tapi sekarang hampir kesemua barangan elektrik dalam rumah kita dari Jepun. Selipar pun selipar Jepun. Aku pun masih menaruh harapan untuk sampai di Jepun.
Kisah Sandakan Death March banyak dikaji oleh seorang pakar kaji sejarah, Lynette Silver. Pada 29 Mei tahun depan genaplah 70 tahun Death March yang kedua. Hanya empat daripada 536 orang yang berjaya hidup. Perjalanan maut yang pertama berlaku pada Januari 1945 dengan rancangan asalnya untuk menjadikan banduan perang yang sihat ini sebagai kuli di Jesselton (kini Kota Kinabalu) tetapi terpaksa dihentikan setakat Ranau akibat aktiviti pemantauan dan pertahanan tentera perikatan. Manakala perjalanan maut yang ketiga hanya melibatkan 75 orang di pertengahan bulan Jun tahun yang sama.
Kira-kira separuh daripada mereka berjaya sampai ke Ranau tetapi akhirnya mati jua disebabkan masalah yang telah aku beritahu tadi. Gila weiii...bukannya ikut jalanraya macam sekarang, ketua kampung yang diarahkan Jepun membuat laluan hutan tu tak tahu pun tahanan perang ni nak menggunakannya jadi dia buatlah jalan jauh yang tiada akses kepada perubatan dan makanan. Secara keseluruhan 1400 orang yang meninggal dunia merangkumi dari beberapa negara. Daripada 2434 banduan, 1787 berasal dari Australia manakala 641 British.
hahaa...aku pun ada bergambar macam ni dulu
Sekiranya ada yang sihat tubuh badan dan fit teringin nak mengikut track banduan perang ni boleh hubungi beberapa orang nature guide and jungle trekker berpengalaman. Cari yang hampir tiada kedengaran kes kemalangan ya. Kalau dulu mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 250km dalam kelaparan dan kesakitan untuk sampai ke Ranau aku yakin guide korang tu akan bela korang elok-elok...maklumlah orang Malaysia kan mesti cukup makan huhuhuuu.... Tahun 2011 dulu dah ada kumpulan yang mengikuti death track ini sepenuhnya.
Lokasi WW II | Kinabalu War Memorial, Kundasang
Di Pekan Kundasang
Harga tiket pelancong tempatan
RM2 sahaja
3 Comments
jaoh betl perjalanan mereka ya...? kalu tngk kat peta tu mmg sangat jauh kalau berjalan... naik kereta pon terasa jaoh... mmg kalau nak dipikirkan kekejaman jepun dulu tu, memang x blh nak comprehend with words... tp skrg zaman dah berubah... we forgive but some might not forget... saya pon baru balik dr jepun..he..he.. suka sangat p sana...:)
ReplyDeleteInteresting! Masa ke KK dulu, tak sempat ke sini.
ReplyDeleteFarikica
ReplyDeletewah seronoknya pi jepun. Nak save info nih mana tau dapat ke sana pulak
zaraab
kena pergi sekali lagi
Feel free to leave your comment below. Thank you.