Fish Spa at Tagal Sungai Moroli, Kg Luanti




Fish Spa at Tagal Sungai Moroli, Kg Luanti. Inilah tempat yang anak-anak nak sangat pergi, bermain dengan ikan! Ini diantara attractions in Sabah yang paling best.

Sistem tagal atau "bombon" memang telah lama diamalkan di Sabah malah diatas keberkesanannya didalam penjagaan alam sekitar dan perikanan dan jumlahnya akan ditambah dari semasa ke semasa. Ia adalah satu konsep pemuliharaan sumber perikanan di sungai melalui pembabitan penduduk sesebuah kampung. Tagal itu sendiri bermaksud larangan menangkap ikan di kawasan sungai yang ditetapkan oleh ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bagi tempoh tertentu.

Sistem Tagal Sungai Moroli Kg. Luanti Baru, Ranau bermula pada 12 Oktober 2002 dan menjadi sistem tagal antara yang terbaik di Sabah sehingga menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Alam Sekitar Sabah 2005 bagi kategori Projek Mesra Alam Sekitar Terbaik dan Anugerah GEG River Care 2006 terbaik bagi kategori komuniti daripada Global Environment Centre. Sungai Moroli diwartakan untuk Sistem Tagal sejauh tiga kilometer. Kini ia telah menjadi tarikan pelancongan yang sangat menarik kerana ikan tidak dibela di dalam sangkar. Ia lepas bebas hidup di sungai secara natural. Sememangnya negeri Sabah mempromosi produk pelancongan alam yang sungguh mengagumkan.

Selepas melawat Kinabalu War Memorial di Kundasang kami terus ke sini. Jauhnya kira-kira 40km dari Kundasang dan 20km dari pekan Ranau. Kalau naik bas dari bandar Kota Kinabalu boleh tekan loceng bila dah nampak Sabah Tea farm tapi kena berjalan kaki sikit ke dalam. Nak camping di sini pun boleh. Chalet comel yang dibina di tepi sungai tu pun mungkin dah boleh digunakan agaknya.

Banyak perubahan berlaku kepada Sungai Moroli Sejak sistem ini diperkenalkan, bukan sahaja sungai terpelihara daripada pencemaran tetapi juga hidupan sungai seperti ikan terus hidup bebas. Terdapat hampir 20 jenis ikan sungai terdapat di Sungai Moroli antaranya ikan lampan, serawi, kelah, sembilang dan ikan keli. Ikan pelian (kelah) iaitu spesis ikan yang semakin pupus dan dipercayai sukar dijinakkan. Sebenarnya bukan mudah untuk memulakan sistem ini kerana ia mendapat bantahan daripada sesetengah penduduk kampung. Jabatan Perikanan Daerah Ranau dan Kota Kinabalu telah banyak memberi dorongan dan sokongan untuk projek ini dengan mengadakan ceramah serta dialog bersama penduduk setempat. Nak berubah kepada sesuatu yang baik memang mencabar tambahan pula orang kampung tidak boleh lagi sesuka hati menbuat aktiviti mencemar sungai dalam tempoh tertentu.
Sebelum masuk ke kawasan tagal kita kena membeli tiket dulu di kedai dekat simpang tu. Jumlah tiket akan menentukan berapa bungkus makanan ikan yang bakal kita beli. Part ni memang tak syok sebab dulu boleh je kita beli seberapa banyak yang kita mahu. Kamera pun kena caj, pandai betul buat duit.

Kalau tak silap sekali masuk ke sungai jumlah pelawat tidak boleh melebihi 25 orang. Harga tiket dewasa RM5 untuk 15 minit. Nak mandi pun boleh tetapi harga tiket berlainan. Tempoh 15 minit tu sangatlah sekejap, tak puas melihat ikan bermain geli geli di kaki. Yang paling seronok melihat kegembiraan yang terpancar di muka anak-anak. Priceless!

 Warning: Jangan angkat ikan! Gayat ikan tu uolsss



Di mana lagi nak dapat peluang sebegini, tak banyak tempat. Kat Santuari Kelah di Tasik Kenyir adalah tapi yang ini paling mudah diakses. Kalau nak ikan ni datang ke tangan ko genggam palet ikan tu nanti mesti berebut-rebut ikan mengerumun. Menciut-ciut bunyinya. Ya Allah sangat seronok!!

 Takut..!


Ternganga-nganga mulut memasing menunggu habuan

Jambatan gantung yang ini kurang mendebarkan

Tagal ini letaknya hanya bersebelahan ladang teh organik Sabah Tea. Jangan lupa ke sini ya, sila book tiket kapal terbang sekarang untuk percutian di bulan Mac nanti.

Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.