Ladang teh ini dikelilingi oleh hutan hujan tropika di sebuah kawasan berketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Ianya satu-satunya ladang teh organik di Borneo dan sebahagian kecil yang terdapat di seluruh dunia.
Lawatan ke ladang teh organik Sabah Tea telah membuka minda dan memberi gambaran yang lebih jelas kepada kita bagaimana daun teh dipetik dan diproses sebelum berada di pasaran. Di ladang ini kita ditawarkan pakej educational-tour yang dicaj mengikut kepala.
Ladang yang dimulakan pada tahun 1976 ini terbentang luas dan nyaman. Restoran juga disediakan kepada pelawat yang teringin
menjamu selera. Kekadang kita bukan lapar pun cuma saja nak duduk minum sambil
menikmati pemandangan. Suasana ini
mengingatkan aku dengan ladang kopi di Bali. Dah beberapa kali ke sana kesemua
pengusaha ladang menawarkan lawatan percuma termasuk minum 6 jenis kopi dan teh
tetapi kenalah membeli di kedai mereka selepas itu.
Rupa-rupanya ada juga daun teh tiruan
Merupakan
sejenis teh yang segar, semula jadi serta harum hasil daripada tanah
yang subur gunung Kinabalu dan bebas dari penggunaan pestisid dan
pewarna tiruan. - See more at:
http://my.mustaffa.org/ladang-teh-sabah#sthash.YBXjYBxE.dpuf
Elok juga kalau kita memilih pakej 2 hari 1 malam yang menawarkan
lawatan ke ladang dan kilang teh, latihan asas kemahiran berdikari di
hutan, diajar mengenali sungai dan cara untuk menyeberangi sungai dengan
selamat serta latihan berhalangan.
Ada yang memberikan komen ladang ini tidak secantik dan terancang seperti ladang teh Cameron Highland. Lagipun di CH lawatan adalah percuma tapi aku rasa pakej 2 hari 1 malam tu memang menariklah. Aktiviti macam ni memang aku suka cuma belum tiba masa yang sesuai.
Aku pernah terfikir untuk bermalam di ladang ini tak kiralah tinggal di banglo atau rumah panjang tapi ladang ni tak sejuk...tak boleh feeling pergi oversea gituh. Mulut pun tak keluar asap.
Ini rumah panjang moden. Satu bilik yang dilengkapi tilam tebal dan kelambu boleh menempatkan tiga orang sekali gus tetapi bilik airnya di luar.
Bagaimana nak ke sini dengan pengangkutan awam?
Ambil bas dari Terminal Bas Bandaraya-Utara di Kota Kinabalu dan turun di pekan Ranau. Tambangnya kira-kira RM15 seorang sehala. Lepas tu kena naik teksi.
Kalau nak terus naik teksi boleh juga, sila naik dari Padang Merdeka. Tambangnya lebih kurang RM160 seteksi. Kalau naik dari hotel lagi mahal.
If
you are not joining a tour group, take a bus from the Terminal Bas
Bandaraya-Utara (City Bus Terminal-North) for around RM15.00 per person
(the bus stops at Ranau town). You can also take a taxi from the station
near Merdeka Field for approximately RM160 per taxi. Fares may range
around RM300 if departing from your hotel. Note that all fares cited are
one way. - See more at:
http://www.sabahtourism.com/destination/sabah-tea-garden#sthash.Pxm44THD.dpuf
If
you are not joining a tour group, take a bus from the Terminal Bas
Bandaraya-Utara (City Bus Terminal-North) for around RM15.00 per person
(the bus stops at Ranau town). You can also take a taxi from the station
near Merdeka Field for approximately RM160 per taxi. Fares may range
around RM300 if departing from your hotel. Note that all fares cited are
one way. - See more at:
http://www.sabahtourism.com/destination/sabah-tea-garden#sthash.Pxm44THD.dpuf
Sabah Tea Garden
Km17 Jalan Ranau/Sandakan
Kg Nalapak
89309 Ranau
Nota : Sabah Tea Garden letaknya bersebelahan dengan Tagal Sg Moroli, Kampung Luanti, Ranau.
2 Comments
Apa maksud daun teh tiruan tu?
ReplyDeleteMungkin maksudnya daun yang berkualiti rendah, yang lambat tenggelam
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.