Hari yang dinanti-nantikan telah tiba...diatas jemputan Kedutaan Besar Rusia dengan sokongan Destination Malaysia, aku menghadirkan diri di dalam upacara Memperingati 100 Tahun Serangan Pulau Pinang atau 100th Year Commemoration of the Battle of Penang pada 28hb Oktober. Upacara ini telah diadakan di Western Road Cemetery, di antara tanah perkuburan kristian yang tertua di Pulau Pinang. Tulisan di kubur ada yang bertarikh 18xx. Dengarnya ada juga yang disemadikan semenjak tahun 14xx. Ada berbagai mazhab di sini.
Kami sampai awal jadi bolehlah recce angle yang menarik. Hujan malam semalam membuatkan tanah dan akar pokok licin jadi tidaklah sanggup aku mengambil risiko setelah melihat sorang photographer tergelincir sambil terkoyak kaki seluar. Memijak kubur yang tinggi? Oh..itupun tidak juga. Biarlah gambar aku 'kekurangan' sikit, takkan nak pijak kubur orang pula kan? Kang kok dipijak pijak dek orang pulak den ni. Tidaklah aku merasa pelik sangat ke kubur kristian ni sebab dah pernah pergi semasa lawatan pertama ke Banda Aceh dulu. Selain daripada tu bilik aku semasa di Samosir Island dulu kan sebelah kubur...cuba hang baca balik trip aku yang lama, bukan yang first tu.
Selain Her Excellency Lyudmila Giorgievna Vorobyeva, Duta Besar Rusia ke Malaysia sebagai tuan rumah, Mr Teoh Seng Lee sebagai Honorary Consul (Russian Embassy) di Pulau Pinang turut hadir menyambut tetamu kenamaan dari kedutaan Ecuador, Argentina, Laos, Republic Azerbaijan, Kenya, Afrika Selatan selain pegawai tertinggi ketenteraan Malaysia. YB Lim Guan Eng pula sebagai tetamu kehormatnya.
Her Excellency Lyudmila Giorgievna Vorobyeva sedang memperkenalkan YB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, kepada tetamu kenamaan yang lain.
Ramai juga pemberita yang datang. Setelah dif-dif jemputan dan YB Ketua Menteri tiba, majlis pun dimulakan dengan bacaan doa sebelum paderi mengelilingi kubur tersebut. Dapatlah aku mempelajari budaya asing di sini. Kemudian ucapan ringkas dimulakan oleh HE Lyudmila Giorgievna Vorobyeva diikuti beberapa orang penting yang lain. Penulis buku The Battle of Penang - Dr J.R. Robertson pun ada.
Kalau tengok berdepan laaagiiii
handsome 'father' ni weh. Muda muda lagi dah jadi paderi. 'Sister' pula
berjubah dan bertudung labuh hitam, hampir sama macam pakaian muslim
cuma rambut mereka dibiarkan terdedah di hadapan.
Kitab
Upacara peringatan ini dilakukan dua kali setahun after being
highlighted during President Vladimir Putin visits to Malaysia in 2003.
Pada tarikh 28 Oktober 1914 iaitu ketika Perang Dunia Pertama, kapal Rusia- Zhemchug dan kapal Peranchis- Mousquet, telah dibom oleh kapal German- Emden di Pelabuhan Pulau Pinang sekitar jam 4.30 pagi. Sehingga kini bangkai kapal tersebut masih terdapat di perairan Pulau Pinang.
Bagaimana mereka tak perasan kapal German semakin dekat? Mengikut fakta sejarah, kapal German telah membuat risikan sebelum menyamar sebagai kapal British. British-Rusia-Peranchis bersekutu pada masa tu...kamceng gitteww tapi pada masa mangsa diserang kapal British tak menolong pun. Sama saja ceritanya masa Tanah Melayu diserang Jepun, British cabut lari tapi bila Jepun menyerah kalah boleh pulak dia claim kita ni masih dibawah jajahan dia. Marah betul Tun Dr Mahathir.
Berbalik kepada cerita asal, 88 tentera Rusia dan 47 tentera Peranchis telah gugur di dalam tragedi tersebut manakala 121 tentera Rusia dan 36 tentera Peranchis yang cedera telah diselamatkan oleh nelayan tempatan yang ketika itu memang berada di laut. 12 daripada tentera Rusia tersebut telah disemadikan di Pulau Pinang iaitu di Western Road Cemetery dan Pulau Jerejak. Dari kejadian inilah bermulanya hubungan kemanusiaan tidak rasmi diantara Malaya-Rusia-France sebelum dirasmikan dengan pembukaan pejabat kedutaan negara-negara tersebut di sini. Macam manalah kuatnya kocakan air laut pada masa serangan bom laut tu kan?
Nama perajurit yang gugur dipaterikan di kubur ini.
Diyana Sofia, HE Lyudmila Giorgievna Vorobyeva, Puan Sri Hajah K. Johari
Merasa jugalah aku melihat sesuatu yang baru dan menarik.Terima kasih kepada Kedutaan Rusia dan Destination Malaysia /TM Info-Media Sdn Bhd diatas jemputan ini.
pssttt....aku ingatkan dapat tengok orang Rusia dalam cerita James Bond 007 aje.... :D
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.