Melaka adalah sebuah bandaraya bersejarah dan telah wujud sejak 700 tahun dahulu. Sudah pastinya bahan yang berkaitan dengan sejarah mesti termasuk dalam agenda lawatan ke Melaka. Kalau tidak sia-sialah kedatangan anda the UNESCO Heritage Site ini.
Kaum Baba dan Nyonya atau dikenali juga dengan gelaran Cina Peranakan (straits chinese) dikatakan telah mula berkembang di Melaka semenjak 600 tahun yang lalu. Seperti yang ramai daripada kita tahu orang Cina tanah besar telah datang ke Tanah Melayu khasnya Melaka di zaman kegemilangannya dahulu untuk bekerja dan berdagang. Sebahagian daripada mereka telah berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura. Pada waktu itu Bahasa Melayu menjadi lingua franca penghubung pelbagai bangsa.
Cina-cina dari tanah besar China ini telah berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Yang lelakinya kemudian dipanggil Baba manakala isterinya, Nyonya. Selain menggunakan bahasa campuran Hokkien dan Melayu, makanan mereka juga kuat dipengaruhi oleh masakan Melayu tetapi mengamalkan cara hidup dan agama nenek moyang mereka. Yang dibuang hanyalah tocang yang diamalkan sejak zaman Manchu. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan bahasa baba Melaka dan Pulau Pinang. Bagi Nyonya pula mereka berkebaya dan memakai kain batik seperti wanita Melayu di zaman itu. Macam kita jugaklah kan, makan pizza tapi boh rendang sebagai toppings hahaaaa....dah lidah Melayu nak buat macam mana?
Kegigihan mereka untuk memperbaiki hidup dan menjadi kaya tidak dapat dinafikan. Buktinya, mereka menguasai ekonomi negara kita walaupun jumlahnya mengikut bancian tahun 2010 hanyalah 23% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Kita pun kalau migrate ke negara orang bukan main gigih lagi nak hidup maklumlah tak ada saudara-mara nak meminta tolong. Kalau tak percaya cuba tanya orang yang pernah belajar di luar negara, bukan main berjimat lagi takut keputusan duit.
Mereka datang dengan kapal wap, ada yang benar benar mendapat kerja tetapi ada juga yang ditipu pemiutang. Kisah kaum pendatang ini pernah aku baca di dalam beberapa buku diantaranya My Story, Interlok dan Chan Wing. Pekerjaan awal mereka sebagai penarik lanca, budak suruhan, bekerja di pelabuhan dan pengangkat tong najis.
Lawatan ke Straits Chinese Jewellery Museum yang juga dikenali sebagai Baba Nyonya Heritage Museum telah mengungkap sebuah sejarah yang tersimpan turun temurun. Jika sebelum ini aku cuma tahu tentang kebaya Nyonya kini perabot dan perhiasan mereka juga dapat dilihat. Tak sangka, almari baju pun ado hok jate betino. Ianya boleh dikesan melalui ukiran yang terdapat di almari tersebut.
Cantikkan guide tu berkebaya Nyonya. Melihat beliau membuatkan aku confident semula nak berkebaya hahaahaa...(feeling cun). Rumah baba dan nyonya biasanya panjang ke belakang. Yang berderet di Melaka ni kebanyakannya orang senang dan dimiliki oleh generasi keempat atau kelima.
Kesemuanya buatan tangan sebab itu setiap satunya unik dan ekslusif
Perhiasan Cina Peranakan ini sangat cantik dan berseni memperlihatkan sejarah dan budaya yang melingkarinya. Barangan perhiasan diri tidak dapat berjauhan dari kaum wanita biar apa pun bangsanya. Bagi Cina Peranakan rekabentuk barangan perhiasan mereka banyak menerima pengaruh Melayu, Cina dan Indo-Eropah. Ia menjadi pelengkap gaya Nyonya selain menggambarkan status hidup mereka. Pereka dan tukangnya pula hanya yang pakar dari China, India dan Ceylon. Pengantin perempuannya lengkap berbling bling dari kepala hingga ke kaki. Kiranya time makan kena ambil lauk yang jauh uollsss...kena tarik lengan baju nak tunjuk kemilaunya.
Pakaian nyonya pula kebaya yang disulam tangan dengan cantik dan halus malah korset juga bersulam. Sebab itulah mereka berkebaya jarang, nak tunjuk sulaman di korset rupanya...
Yang ini almari untuk perempuan kot sebab ada motif bunga-bungaan
Perabot keluarga Baba dan Nyonya yang unik dan berseni ini selain berfungsi selayaknya ia juga merupakan lambang status si pemilik. Kesemua perabot yang dipamerkan di sini adalah yang antik yang asli. Rekabentuknya dipengaruhi oleh citarasa dinasti Qing dan Eropah. Rumah cina peranakan dihias dengan teliti dan mewah.
Betapa mewahnya tuan rumah generasi terdahulu sampaikan pemegang tudung saji pun diperbuat daripada emas. Yang biru di belakang tu kasut yang hanya muat sekiranya kaki si perempuan dibalut ketat semenjak kecil.
Guide sedang mendemonstrasikan cara menghisap candu. Kekurangan gambar ini ialah si penghisap tak lalok
Pada kurun ke-18 dan 19 rakyat China mengalami masalah ketagihan candu yang teruk. Oleh kerana itu mereka telah berhijrah beramai-ramai ke luar negara termasuk ke Tanah Melayu untuk mengelakkannya. Malangnya ia masalah itu dibawa pula ke sini. Di Indonesia, kebanyakan Cina Peranakan ini berada di Semarang tetapi mereka telah berasimilasi dengan budaya tempatan. Korang pergilah melawat Indonesia, lihat perhati dan dengar perbualan kaum Cina di sana. Kesemua mereka berbahasa Indonesia tak kira dengan girlfriend ke...dengan keluarga ke.... Perhatikan juga semangat bangsa Indonesia dalam satu satu isu, berbezakan dengan kita? Walaupun kekadang isunya remeh sangat. Ambil yang baik sudah.
Muzium ini terletak berhampiran Jonker's Walk yang terkenal tu. Bila ke sini nanti sila lihat sepuas hati, jangan terkejar-kejar. Merakam gambar adalah dilarang sama sekali, cctv merata. Aku lainlah, special guest hahaa... (sila muntah sekarang).
Di sini juga kita boleh mengadakan majlis sambutan hari lahir, makan tengahari, makan malam, perkahwinan, ulangtahun perkahwinan, seminar, pelancaran produk dan sebagainya. Majlis yang tidak terlalu besarlah tetapi pastinya diingati.
For enquiries and reservations kindly contact the followings:
Straits Chinese Jewellery Museum
108, Jalan Tun Tan Cheng Lock
75200 Melaka
Malaysia
Tel : 606 2819763
Fax: 606 2816099
E-mail: scjewellerymuseum@gmail.com
Waktu lawatan harian
10am to 5pm (Monday to Thursday)
10am to 6pm ( Friday to Sunday)
(open on all public holidays unless notified by the management)
6 Comments
Info yg amat menarik mengenai etnik baba dan nyonya.
ReplyDeleteTerima kasih byk2 krn perkongsian yg menarik ini. Menambahkan lagi pengetahuan sejarah saya.
TErima kasih kembali kerana sudi membaca Syameel Iskandar
ReplyDeleteWe should proud of being Malaysian because of the diverse culture and languages
ReplyDeletethat's what tourists come and looking for
hi. Nak tnya kalau pg ke bandung nk duduk hotel mna ya yg dkat dgn tmpat shopping & mkan?
ReplyDeletehi. Nak tnya kalau pg ke bandung nk duduk hotel mna ya yg dkat dgn tmpat shopping & mkan?
ReplyDeleteAda banyak hotel di sana. Kalau nak tempat yang happening di malam hari boleh try area Chihampelas.
ReplyDeleteUnique hotel bersebelahan kedai kek Kartika Sari, hotel Ibis dan Kenangan juga popular di kalangan warga Malaysia.
Feel free to leave your comment below. Thank you.