A very short trip to Singapore | Sultan Mosque



Alang kepalang dah sampai Johor Bahru terus sel sel otak berhubung mencadangkan ke Singapura pula. Otak aku memang tak reti dok diam bab berjalan nih. Kali pertama aku ke Singapura adalah pada tahun 1982, masa tu baru 3 beradik bersama mak abah dan arwah atuk.

Lepas ketemu kawan lama yang kukenal since 1990 malam sebelumnya aku bermalam di Ghazrin Budget Hotel berdekatan Terminal Larkin. Kata tuan hotel tempat simpan beg dibuka jam 7.30 pagi so aku pun berlengahlah tapi sebenarnya jam 7am dah beroperasi. Ada kerugian masa di situ.

Aku naik bas Singapore-Johor Bahru Express yang bersilih-ganti setiap 20 minit. Tambangnya RM3.30 tapi dari Singapore murah pulak SGD2.50 je (ko janganlah convert...). Kenapakah?? Bas bergerak pukul 8 suku pukul 10 baru sampai Queen Street. Itupun aku pergi hari Jumaat kalau hari Sabtu entah ler... Ini satu pengalaman baru bagi aku, turun bas then jalan lelaju ikut crowd dalam 150m naik atas cop passport, turun bawah naik bas semula kemudian ulang proses tu di imigresen Singapore pula. Time balik tertinggal bas sebab turun salah tangga hahaaa...nasib baik simpan tiket, kalau tak kenalah bayar lagi. Masa turun bas angkat segala our belongings sebab kita mungkin tak naik bas yang sama macam kes aku tu. Mungkin juga kita akan tertinggal bas if ada issue dengan imigresen ke..kastam ke...

First aku berjalan ke arah Bugis Street. Ceria warna bangunan di sini. Hujan dah mula renyai so terus aku berjalan towards Sultan Mosque at Muscat Street. Malang nasib den sesampai di Landmark shopping mall hujan punyolah lobek, dekat sejam jugalah tersadai di tangga bangunan. I always make an effort to visit a mosque when i am abroad terutamanya di negara bukan Islam. Lain perasaannya. Rasa macam terlihat bendera Malaysia berkibar megah di negara orang gituh. Rasa bangga, sayu, seronok, bersyukur semua bercampur baur.

Ini gambar belakang Bugis Village. Bahagian belakang pun elok terjaga.



Masjid Sultan mula dibina pada tahun 1826 tetapi yang ada sekarang dikatakan telah dibina semula dan siap pada tahun 1928 dihiasi permaidani hadiah daripada putera raja Arab Saudi. Aku suka senibinanya. Tingkapnya pun masih yang lama.



Ramai pelancong asing melawat masjid ni. Mungkin juga disebabkan lokasinya yang terletak di bersebelahan Malay Heritage Centre dimana tersergamnya Istana Kampong Gelam selain saling berhubung dengan Bussorah, Kandahar, Baghdad dan Arab Street tempat orang membeli-belah. Di bulan Ramadhan kawasan ni memang happening habis!

Aku perhatikan ramai pelancong Jepun pada waktu ni. Mungkin di waktu lain pun mereka yang paling ramai berkunjung sebab tu ada buku yang menerangkan tentang keindahan Islam dan kehidupan umatnya.



Ruang untuk non muslim melawat agak terhad di kawasan berpagar tu aje tak seperti Masjid Kristal di Terengganu yang menyediakan ruang lebih panjang dari hujung kiri ke kanan jadi tak adalah para pelawat ni masuk ke kawasan larangan. Puas jugalah pakcik tu minta mereka beredar. Ada juga yang masuk dengan memakai skirt dan berseluar pendek sahaja. Dah tentu kes terlepas pandang tu. Pada hari Jumaat sesi lawatan sebelah petang adalah pada pukul 2.30pm.

 Yang pakai tudung putih tu jurubahasa Jepun.

  Gembira je orang yang baru lepas solat Jumaat

Silap aku ialah tidak masuk ke dalam masjid sebelum solat Jumaat. Masa dialunkan bacaan al-quran setengah jam sebelum waktu solat sepatutnya dah masuk hmmm....silap silap. Sebenarnya aku rasa segan walhal di ruang solat wanita kat atas tu dipasangkan tirai untuk mengasingkan ruang solat lelaki dan wanita (in case jemaah melimpah ruah).

Bertentangan dengan masjid ni Adalah Bussorah Street. Aku terjumpa mainan yang diperbuat daripada tin penutup botol dan bulu ayam macam di Guangzhou dulu (dimainkan dengan melambung macam bola takraw), batu seremban, gasing dan beberapa permainan zaman aku kecik dulu. Nostalgia sungguh.

 Ini bukan kedai yang aku sebut tu tapi aku sukakan tingkap yang masih dikekalkan keasliannya.

Ini bahagian belakang Masjid Sultan. Ada beberapa kedai makan di sini. Try murtabaknya, segenggam daging diorang letak.

Trishaw in metropolitan Singapore?? Tak sangka...





Post a Comment

4 Comments

  1. Waaah.. Bestnye pi singapore..
    Tak pernah lg sampai sana

    ReplyDelete
  2. Waaah.. Bestnye pi singapore..
    Tak pernah lg sampai sana

    ReplyDelete
  3. pergilah, senang dan murah. Stay kat JB

    ReplyDelete
  4. Belum pernah jejak Singapura kecuali transit di lapangan terbang Changi.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.