Cherating Mangrove River Cruise



Cherating Mangrove River Cruise | Assalamualaiikum. Di Hafiz Cherating Activities juga bermulanya trip menyelusuri hutan paya bakau di Sungai Cherating. Kalau kita perhatikan kebanyakan pelancong barat lebih suka dengan eco-tourism macam ni. Sebab tu kat hutan mana pun kita akan jumpa mat saleh ni. Kalau tak percaya cuba jenguk Taman Negara, Lembah Danum, Bako National Park dan lain-lain lagi. Mereka sangat mengkagumi alam semulajadi yang ada di negara kita.


Dulunya Cherating dikunjungi ramaiiiiii pelancong asing tapi sejak kejatuhan ekonomi dunia suatu masa dulu jumlah mereka telah berkurangan. Mungkin hikmahnya supaya semua pihak mengembeleng tenaga untuk memasarkan produk pelancongan tempatan kepada rakyat Malaysia sendiri. Produk yang baik dengan lokasi yang baik (cuma 3 jam memandu dari bandaraya Kuala Lumpur) dan promosi yang berterusan insyaallah akan berjaya.

Never mind, plan your trip properly, bulan November..Disember atau mid of next year boleh ke sini. Jangan ko datang musim hujan sudah la. Sementara tu enjoy dulu dengan gambar-gambar yang tak seberapa ni.






Berbagai binatang yang kita akan jumpa diantaranya ular. Guide tu memang cekap betullah. Sepanjang trip ni tiga kali kami jumpa ulau melingkau. Pesan guide, jangan ditarik daun atau akar pokok sebab takut ular tu terperanjat dan melompat. Kalau ular melompat ke dalam bot kami semua melompat keluarlah hahahah....  Walaupun kami tak usik apa-apa tapi dalam hati tetap berdoa janganlah ular tu terjaga.

 
Bagi tau anak kita yang pokok bakau ni menjadi zon penampan dari hakisan air laut dan tsunami. Macamana ia membiak? Pokok ni akan mengeluarkan akar yang tergantung kemudian jatuh ke dalam sungai. Kemudian pucuk baru akan tumbuh dari akar yang tercacak tu.

 Lotong kah? Sorry, tak kenal

 Kera/monyet?



Kami masuk ke kawasan ni, kalau tak silap alur Sungai Belat. Kawasan ni banyak udang galah, ketam pun ada. Kalau pihak Pahang Tourism/kerajaan Pahang buat jeti kecil kemudian bawa pelancong naik sampan asli yang kena dayung dengan tangan tu lagi bagus. Sure feel-nya berlainan. Macam di Ho Chi Minh tu.


 Cantiknya corak akar pokok tu kan?

 Kalau buat post wedding photo shoot pun cantik ni. Keluar pepagi masa matahari baru naik dan shoot kat area sinar matahari tu tembus dari celah daun pasti kebabommmmm gambarnya.


Selain trip melihat kelip-kelip dan mangrove river cruise, Hafiz's Cherating Activities juga menganjurkan aktiviti memancing, berkayak, snorkelling, memancing di laut dalam, laawatan ke air terjun dan gua, lawatan ke pusat konservasi gajah dan jungle trekking.

Encik Hafiz boleh dihubungi di nombor 017 9789256 / 017 9406898
7/1156, Kampung Budaya Cherating
26080 Kuantan, Pahang
emel : kohafiz@gmail.com

Hafiz's Cherating Activities is recommended by Lonely Planet guide book and a member of Malaysian Nature Society.


wuiiiii....paneh! paneh! jom terjun kolam kat sini.

Post a Comment

4 Comments

  1. Kelasss ko Maria... Rugi den tak join!

    ReplyDelete
  2. haha.. memang terer. tgh bawak bot boleh nampak. kita yg dlm bot yg ditunjuk pn x nampak2. hahaha

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.