Banyak aktiviti yang boleh dibuat di Cherating ni sebenarnya. Kalau kena hari Rabu bolehlah pergi ke pasar malam Kampung Balok. Takpun ada yang lebih menarik di Kampung Cherating Lama, melihat kelip-kelip di Hafiz's Cherating Activities . Sayangnya aku takde gambar sebab lcd kamera pun perlu ditutup sebab kelip-kelip sensitif kepada cahaya.
Yang pastinya acara ni sangat menarik, kawan den koba macam Avatar. Entahlah, aku tak tengok cerita tu so tak dapek nak komen. Kalau di Kuala Selangor kelip-kelipnya jenis synchronize yang di Cherating ni pula non-synchronize. Hangpa takkan percaya sampai hangpa alaminya sendiri. Si Hafiz ni boleh panggil fireflies tu datang ke bot! Kelip-kelip yang berkumpul di pokok boleh terbang kepada kita apabila dipanggil Hafiz. Macam mana dia panggil tu? haaaa....kenalah alaminya sendiri. Dapatlah kami memegangnya beberapa kali berebut-rebut macam budak kecik. Seronok weiiii
Aktiviti ni akan mengambil masa kira-kira sejam setengah. Kita akan naik bot di jeti belakang pejabat ni dan dibawa menyelusuri Sungai Cherating. Ajaibnya, takdelah gelap mana pun masa tu. Apa yang aku fikirkan, beginilah agaknya PATI yang sanggup menempuh lautan hanya untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik di negara orang.
Lokasinya tak jauh dari The Legend, Cherating, dan dikenakan bayaran RM25 seorang untuk dewasa. Sila berhubung terus dengan Encik Hafiz di kohafiz@gmail.com atau 017 9789256 / 017 9406898. Beliau sangat mahir dengan tugasnya dan berusaha untuk educate kita tentang segala hal yang berkaitan kelip-kelip dan hidupan di paya bakau. Bagus ni... boleh promote habis-habisan.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.