Marilah mari...menambah ilmu







1. Doktor Umum/A doctor in the house- Dr Mahathir Mohamed
Beli yang soft cover ni murah sikit RM60 dan dapat membership discount. Ada kerabat aku yang ahli parti pemerintah di Kedah memey tak berkenanlah kat dia ni tapi aku kata baca ajelah sebagai menambah ilmu. Banyak yang kita boleh ketahui dari 963 mukasurat tentang pengalaman awalnya terjebak dalam politik sehingga pengakhiran jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 walaupun pastinya ada yang kita tak setuju. 

Dia jugak ada mention yang orang politik BN pun tak berani sembarangan dengan Tan Sri Rafidah Aziz heheheh..... aku tengok lipstik merah dia pun dah tahu akak tu laser tapi lasernya bersebab. Dr M pun pernah perli dia dalam sokkabar toksah dok ngongoi bila dah kalah kekekkeek.... ni time kak Pidah kalah kepada kak Zaharah di Perhimpunan Agung UMNO. Dr M jugak ada kata (sindir) nak jadi wakil rakyat yang merangka/luluskan undang-undang tak perlukan pelajaran tinggi. Sebab tu calon PR wajib ada minimum diploma yang sah dan bukannya dari degree mills..

Walaupun Dr M ni banyak jasanya tapi dia jugalah yang kata time Rasulullah dulu takde Gillete sebab tu diaorang bela janggut. Dan pada aku jugak, cara berkempen dia masih dengan cara menakut-nakutkan orang Melayu sedangkan dalam buku dia tu dia ada tulis pada tahun 1960/70an orang-orang Cina telah memenangkan parti Pas dalam salah satu pilihanraya. Semua orang terkejut pada masa tu. Sekarang, kisah tu berulang bilamana bangsa lain membawa bendera Pas semasa penamaan calon, yang akhirnya menyebabkan ROS (malam sebelum tu) telah memberi keizinan kepada DAP untuk menggunakan lambang roket. hmmmm....... kalau DAP menang dengan lambang bulan 'depa' malu besar beb! Kato kawan den, naik roket poi ko bulan memangkah, tak payah timbang-timbang laie hehehehe.......

Anyway, bagus buku ni. Bacalah secara istiqamah ye. Pueh nak ngabih an.

2. Syed Mokhtar Al Bukhari- a biography
Mengisahkan permulaan hidupnya. Bapa dan datuknya nya yang berhijrah dari negara antah berantah untuk penghidupan yang lebih baik. Kisah dia menjual daging lembu, naik lori jadi supplier beras, diulit kesenangan sampai kereta nak kena tarik. Katanya juga, kita ni kalau nak mula berniaga tak boleh berpisah terus dengan kaum cina sebab mereka mempelopori bidang tu. Dia jugak ditipu dalam kontrak dengan peniaga cina masa mula-mula dulu. Biasalah bila novice, macam aku masa memula jadi landlord yang novice dulu. Sekarang dah cenge.

Iyalah, ini cerita sebelah pihak saja tapi berdasarkan apa yang aku pernah baca mengenai peniaga lain sebelum ni turutannya tetap sama, susah dulu senang kemudian dan bila dah senang kengkawan pun kebanyakan orang-orang yang sekufu jugak. Syed Mokhtar dah ke Canton Fair tahun 70an lagi-ketika muda. Dia jugak ada mention orang yang berketurunan syed ni dulunya biasa diberi jawatan yang baik bukan disebabkan pendidikan yang tinggi sebaliknya dikatakan keturunan nabi hhhmmmmm... Pastinya dia mengatakan tentang orang lain sebab dia tak pernah bekerja dengan orang lain selain bapanya.

3. Mydin Disebalik Tabir
Yang ini tipikal mamaklah yang biasa orang kata berkira dengan duit tapi aku memang dah faham sebab apa. Dari India ke Penang kemudian ke Terengganu, pindah pula ke Kuala Lumpur. Bapanya masih tinggal di apartment 600++ kaki walaupun duit bertimbun. Dalam buku ni kita belajar bagaimana mereka tak akan mengatakan sesuatu barang yang diminta tu TAK ADA dan sentiasa menyediakan note book dalam poket. Bukan notebook yang gen Y faham tu.

4.  Berani Tanpa Segan- Tan Sri Abdullah Ahmad
Orang politik jugak dulu ni. Aku suka tulisannya yang berdasarkan pengalamannya yang luas di dalam dan luar negara. Tentang kebimbangannya dengan sistem pendidikan di Malaysia, english tak dapek, bahaso melayu ontah ke mano.

Dia tak hairan kenapa Pas berkeras tak mahu bekerjasama dengan UMNO sebab dulu Pas dah join UMNO tapi masa tu UMNO kuat, ada masalah di dussshhhhhum-nya....Pas. Kalo ko nak berbaik semula? Mestilah nak berfikir panjang kan? Takpun control delete terus.

5. Secangkir Teh Pengubat Letih- Hasrizal Abd Jamil
Buku pertama ustaz ni yang aku beli bbertajuk Aku Terima Nikahnya. Yang ini pulak tentang pengembaraannya di Turki, sistem hafazan di Turki dan persahabatan yang dijalin semenjak belajar di Jordan.
6. Rindu Bau Pohon Tin- Hasrizal Abd Jamil
Kehidupannya sebagai pelajar di Jordan. Tentang sesetengah ibu bapa yang menghantar anak-anak ke tanah Arab dengan harapan menjadi 'manusia'.

7. Dari Hamparan Shamrock- Hasrizal Abd Jamil
Pengalaman hidupnya semasa menjadi Minister of Religion di Belfast di usia yang masih muda, tentang orang Arab yang suka carik pasal dan prejudis Barat terhadap orang Islam.

Ada lagi 1 buku tentang pemimpin politik yang bijak dan alim tapi aku rasa penulisnya terlalu taksub dan aku tak menghabiskan bacaan. I tak sukerrrr walaupun partinya aku suka.

Buku-buku yang baru dibeli semasa jualan murah di Popular last week. Kesemua ni plus 2 buku latihan PMR baru RM70.60 sajo. Bila tahunlah nak habis membaca buku Warren Buffet tu. Azab aku nak membaca buku omputeh 707 pages.

Aku masih mencari travelog Ust Zaharuddin Abd Rahman dan kalau ada sesiapa yang nak menjual MURAH buku Tan Sri Teh Hong Piaw (sorry kalau silap, bos Public Bank) dan buku Steve Job. Nak yang 2nd hand ke 3rd hand ke...janji murah dan elok.

Post a Comment

0 Comments