Ho Chi Minh: a visit to War Remnant Museum



Pagi esoknya kami naik bas ke Cho Bin Thay tempat jualan barangan secara borong. Aku berkenan la kat satu helmet budak, bila tanya harga kat tauke tu boleh dia jawab, NO SELL! Osah keminih ea diaorang ni. Balik dari pasar ni kena kencing dengan drebar teksi Vinasun. Dibawanya kami ikut jalan tepi sungai yang jauh tu walhal masa ke sana sekejap je dah sampai naik bas ikut jalan biasa.


 Walaupun tarikan utama kebanyakan kita ke Saigon ni adalah shopping shopping dan shopping kain baju .... janganlah lepaskan peluang untuk melawat muzium yang istimewa ni. Istimewa kerana ia memaparkan kekejaman tentera Amerika di zaman perang Vietnam dulu. Kalau tengok filem Hollywood depa je lah yang menang padahal the truth is the opposite. Baca juga keratan akhbar yang disertakan yang pernah disiarkan di serata dunia. Murah je tiket masuknya 15k vnd.

 Mangsa agen orange


 Sedihhhh sangat tengok gambar yang tengah tu. Kalau korang dah jadi mak orang you'll feel the same.

Janin cacat yang diawet

Seronok ek dapat bom orang? Askar-askar Amerika yang pergi berperang tak kiralah di mana-mana pun termasuk Iraq pada akhirnya kebanyakan mereka terpaksa meminta bantuan kerajaan/NGO untuk terus hidup. Tak caya bacalah sokkabar/internet.

Aku pun tak pernah teringin nak jejak muzium kalau ke mana-mana except Muzium Tsunami di Aceh dan teringin jugak nak ke Lovre Museum di Peranchis. But i can assure you a visit to this War Museum is really worth it.

Ada banyak lagi gambar tapi tak koso den nak upload bebanyak, kena lawat muzium tu untuk dapat feel. Masa kami pergi on weekdays tu orang tak berapa ramai itupun kebanyakannya western tourists. Bukan nak tipu tetapi lelaki perempuan mesti merah mata. Untuk Americans, lebih bagus kalau mereka melawat muzium ni sebelum ke Chu Chi Tunnel supaya depa tak tengok video kat sana sambil gelak-gelak dan mengomel itu propaganda Vietnam.
Anak askar dia pun dilahirkan cacat. Askar ni menang kes mahkamah tapi akhirnya dia bunuh diri.

Keluar dari sini aku rasa dah pukul 3 petang, lapar yang amat. Lepas tapau makanan untuk kengkawan aku keluar balik, menapak mencari sesuatu yang menarik. Cik kak tak nak ikut, "dah lotih dah haa..." kato dio. Aku bila sampai rumah baru rasa letih.







Post a Comment

0 Comments