Kembara Yogyakarta-Solo...Day 4 Candi Borobudur



Masa ke Dieng Plateau tu hari gelap pekat tak berapa nampak jalannya. Bila dah siang ni macam-macam boleh nampak tapi aku kalah bila nasi masuk dalam perut. Apo laie?.......zzzzzzzzzzzzzzzz

waahhhhhh....... tinggi tu....ada bran? Tiket dah bayar 150k sorang boleh tak boleh kena bagi boleh jugak la. Senang je, time panjat tangga tu jangan dongak ke atas, ko naik je satu persatu sambil sebut Allah Allah Allah Allah ........... kira berzikir le

Tengok tu pakai baju merah kuning dari jauh pun nampak. Di candi ni semua orang akan diberikan kain batik untuk dipakai. Penjual t-shirt dan souvenir pulak akan hambat ko dari turun kereta sampai ke dalam nun tapi dia orang tak panjat candi tu sekali. Kiranya para penjual di Tangkuban Perahu lagi hebat ler.... diikutnya ko sampai kawah Upas dan kawah Domas yang letaknya 1.2km berjalan kaki ke bawah.

Tingkat demi tingkat

Ada patung di dalam loceng tu. Di bahagian lain banyak kepala patung yang hilang samada dicuri ataupun patah semasa gempa bumi. Candi Borobudur ni ditemui oleh Stamford Raffles yang membeli Singapura daripada kerajaan Johor dulu. Setelah kedatangan Islam ke nusantara candi ini dan yang lain-lain tinggal terbiar dilitupi semak samun dan debu gunung berapi. Berpuluh tahun jugaklah projek pembersihan and repair works dilakukan dan sekarang dah menjadi one of the world heritage site.


Tercapailah sudah hasratku ke Borobudur yang tercatat dalam buku teks sekolah tahun 80/90an dulu. 

Dengan tiket berharga 150k rupiah seorang poket akan terasa ringan kalau pergi anak-beranak so alternatifnya boleh sewa hotel Manohara dan amik gambar dari kafenya. Jadi ler daripada tak pergi lansung.


Kalau rasa tak sanggup jugak nak memanjat tangga tu ko biarkan je geng lain meneroka, ko tunggu je deme sambil berurut macam driver aku ni.




Post a Comment

0 Comments