Kembara Yogyakarta-Solo...Day 3 Part 1



Hari ni plan asalnya ke Kota Gede yang ada silver works tu but then teringat pulak Candi Prambanan, candi hindu kuno yang dibina pada kurun ke-9. Oleh kerana kita tak ada perancangan nak membeli barangan perak so terus je lah ke Prambanan.

Semasa berjalan kaki ke Malioboro St ternampak pakcik ni tengah membuat gitar, 600k rupiah sebuah. Kalau ditawar sure boleh kurang lagi ni.


Perjalanan ke Prambanan taklah jauh mana..... dalam 17km menghala ke Solo dan kita akan melalui banyak tempat seperti muzium biologi/geologi, Taman Pintar, Taman Gembira Loka (zoo) dan airport. Kalau bawak anak-anak bolehlah menyinggah ke Taman Pintar ni. Dekat je, setempat dengan Vredeburg, Pasar Beringharjo.


Nampak tak apa yang ada atas kepala mamat tu? Dikhabarkan besi tu untuk menghilang sakit kepala. Kena tanya kat Aidid Muaddib nih hahahha..... silap haribulan aku yang kena lahar. Yang kat depan muka dia tu bus stop untuk bas Trans Jogja. Tiketnya beli kat dalam halte tu macam prepaid card tapi dia tak bagi kat kita. Hebatnya ada staf yang mempersilakan naik dan sorang lagi kat dalam bas memberitahu nama satu-satu stesen. Kalau nak turun kat mana-mana bagi tau je depa, mereka bermuka manis dan sungguh berbudi bahasa tapi drebar bas ada yang macam drebar mas mini wilayah. Yang muda-muda sure tak tahu BMW tu.


Yang dua orang tu tengah beraksi siap dengan tong duit di lampu merah. Bukan kita je yang tak senang dengan mereka ni Indonesian sendiri pun complaint seperti yang aku baca dalam koran. Ada ke buat show yang entah apa-apa lepas tu mintak duit kat kita? Orang lain tak tahulah tapi aku tak suka dipaksa untuk membayar sesuatu yang aku tak suka walaupun perkataan yang digunakan adalah sumbangan ikhlas. Pada akulah kan nak bersedekah pun biarlah kena pada penerimanya supaya mereka tak terus meminta sedekah. Bagi kat budak-budak yang menjual suratkhabar dan jajan lagi bagus. Ataupun yang mengayuh beca tanpa membelit. Atau orang yang kelihatan susah tapi tak meminta. Just my 2 cents. Ehh suka ati ler.... duit korang.


Masjid yang terletak di luar Prambanan Temple. Jogja-Solo majoriti penduduknya muslim jadi tempat solat tak menjadi masalah walaupun dalam kawasan candi atau shopping complex. Setakat pengalaman yang sedikit ke Indo ni belum lagi kena solat kat tempat parking di basement shopping complex atau di atas puncak mall yang takde orang.

Dapat local rates yeayyyy!!!! Nyaris terkantoi. Kalau nak beli tiket pakej dengan Ratu Boko pun boleh.


Candi Prambanan ni terletak di atas bukit sikit tapi kemudian mendatar je lah kecuali u all nak naik ke candi tu, itupun tak banyak mana tangganya.

Tips: kalau nak melawat candi pakailah baju yang kaler terang barulah timbul dalam gambar nanti. Kalau pakai yang colour kelabu taik anjing ke hitam ke tenggolamlah ekau jang.


Diantara kuil yang telah runtuh semasa gempa bumi. Kalau dah berkurun dibina entah berapa kali pulaklah gempa bumi dah berlaku sampaikan loceng kuil ni pun jatuh ke tanah. Kat depan nun Peace Park dan di dalam kehijauan tu ada musolla. Nyaman je berjalan-jalan di kawasan hijau tu.

Kalau kita pergi beramai-ramai dan ada antaranya refuse untuk pergi melawat candi ni try to explain yang kita ni nak tengok warisan sejarah dunia. Dengan takde kren dan backhoe bagai bangunan sehebat ni boleh dibangunkan menggunakan 100% tenaga manusia. Halus dan teguh pulak buatannya tu, hanya gods act ke boleh merosakkannya. Betapa manusia pada waktu itu sanggup berhabisan tenaga dan berkorban untuk tuhannya. Cuba bandingkan dengan kehebatan manusia zaman ni siap dengan lukisan arkitek la, engineer la, kelulusan PBT la, nak kontraktor kelas A la, segala jabatan yang pantau la... kelulusan itu ini lagi, bila hujan lebat je bocor. Macam rumah den ni ha. Tu belum lagi bumbung stadium runtuh.


Kawasan candi Prambanan ni luas beratus ekar, terdapat jugak candi-candi lain dalam area ni. Kalau tak larat nak berjalan boleh naik tram. Wa malas nak turun main snap dari atas tram jah. Yang kat atas ni Candi Sewu.

Pada hari-hari tertentu ada persembahan Ramayana Ballet di sini. Kepada yang berminat dengan fotografi gambar sunset sangat cantik di sini tapi i tak koser lah time senja bertunggu tangga kat candi ni.

Post a Comment

0 Comments