Kembara Yogyakarta-Solo...Day 2 Part 2



Dari mana mbak?
Jakarta
Mau guide
Terima kasih aja...

First yang muncul kat fikiran aku wahhh indahnya tempat ni... bertuahlah manusia yang duduk kat sini dulu. Beratus tahun dulu pun dan mewah camni kalo sekarang laaagilah hebat agaknya. Untunglah lahir atas dulang emas, tak payah nak berebut undi flat PKNS/DBKL. Undi punya undi dapat tingkat 13 lift pulak rosak adehhhh....

Ketua projek Taman Sari Water Castle ni dua kali ke Batavia untuk mempelajari (kopipes la kot) tentang European architecture. Asalnya dibuat sebagai tempat raja beristirehat sambil mandi manda, berenang dan terjun tiruk tapi pada satu masa tertentu dijadikan tempat persembunyian dan perjumpaan. Sultan pun naik lotih asyik bepoghang yo.




Dulunya tempat bersantap sekarang dan jadi warisan dunia. Betapa hebatnya teknologi dan idea orang dahulukala siap ada underground level lagi tapi aku tak masuklah. Actually aku sangat suka mengambil gambar senibina tapi bila ada seseorang mula cerita itu ini terangkan kat aku fungsi tempat-tempat tu mulalah aku bengkek. Aku mula cuak nak kena bayar lagi ke ni? Setakat yang aku faham any service di obyek wisata di Indo ni jarang yang free. Malas betul nak layan, aku nak enjoy menembak kat sini. Bila ada orang lain join sekali aku pun ambil gambar cepat-cepat dan blah. Malangnya......... laki mak tertinggal pulak, adoyaiiiiiii.........


Sambil menunggu laki den kek dalam tu...punya la lama..... ambik la gambar orang yang lalu lalang. Polis/tentera ni macam stok stok kat Pulapol tu la kot.... masih dalam training lagik tu yang kerempeng jah. Sepesen je uniform sendat depa ni dengan askar Thailand. Cuba bayangkan Aaron Aziz pakai camni.... hallamakkkkkkkkk



Dah lapar wehhh........ aku cadangkan kat my husband toksah makan nasi sampai dua kali sehari so that kita boleh try banyak makanan lain. Yang kat atas ni pecel. Dua kali aku makan pecel lontong kat gerai akak ni sebab suka sangat. Lokasinya depan pasar Beringharjo. Tapi siap la korang dengan pengamen jalanan, kita baru nak menyuap dia dah mai nyanyi lepas tu mintak duit. Selagi ko tak bagi dia tak pergi sampai sekali tu aku berangin jer. Apa taknya sampai dua tiga orang datang bersilih ganti walhal makanan kita sepiring kecik pun tak habis lagi. Nak makan pun tak senang. Itu yang aku bilang kalau nak bersedekah lebih baik bagi kat makcik pakcik yang berjualan tu. Pemerintah Indonesia, boleh tolong uruskan mereka ini?

Then kami masuk ke Pasar Beringharjo..... aku nak mencari magnet kalkus je tapi ga ketemu alih alih beli pemotong lontong, 5k je kak oooiiii.... kat pasar chow kit pun tak dapat rege tu. Lepas Pasar Beringharjo 'tawaf' lagi di Malioboro St. Hazabnya mencari fridge magnet satu pun tak ada....... maybe di Mirota Batik ada.


Hiburan yang paling best di Jogja.... di malam hari pun ada. Trust me, meletopsss!!
Banes

Calung Funk Jogja

Aku lebih suka Banes, pemain angklung tu memang hebat! Sesiapa ke Jogja jangan miss menonton persembahan mereka. Muzik dan nyanyian mereka jauh lebih enak daripada makcik karaoke dan aku tak kisah untuk 'menghulur' kat mereka, they deserve it. Kalau rajin nanti aku upload kat youtube.

Dah tiga hari di sini apa yang aku observed orang Jogja berhidung mancung menggunakan bahasa Jawa halus. Tentang hospitality, pemberi servis di negaraku yang terchenta masih perlu belajar dari negara seberang ini, tak kira untuk pelanggan marhaen atau yang berkelas tinggi. Pemandunya lebih berdisiplin, no honking here tapi kalau nak melintas jalan biasalah, angkat tangan dulu.....depa tak mengira zebra cross.

Walaupun aku kekadang angin dengan penyanyi jalanan tu tapi some of them sangat hebat. Ada satu group tu bawa gitar sorang satu. Ada yang besar gedabak (bass kot) dan persembahannya membuat ko akan merasa macam makan kat restoran 5 star walhal kat lesehan je. Begitu jugak culture yang menggunakan kereta kuda dan beca sangat menarik kepada aku. Love it!

Jogja memang kota seniman. Tenang dan bersih.

Post a Comment

2 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.