Kembara Yogyakarta-Solo...Day 1
Ah haaaa.......... letak muka Shahz Jazle dulu....
Kali ni kami ke kota seniman-Jogja. Tengah queue nak lepas imigresen Indonesia ternampak lak mamat ganteng nih, baru balik dari Australia katanya. Harapnya janganlah dia kata aku ni makcik dari kampung mana ntah sibuk nak bergambar dengan artis. Apa nak buat, kuharapkan Tony Fernandez muncul tapi si Sharizal ni pulak yang terpacul..... not bad what? hehehheh..... sebenarnya aku nak bagi anak dara ku jealous jah, aku ni minat kat M Nasir dan Anuar Zain. Kira ok apa.... artis terhangat masa kini.
Kami naik teksi dari airport and turun di Malioboro. Teksi takde meter okay dan aku dapat 25k. Oleh kerana beg tak berapa berat (beg akulah sebab ada passport je) kami kononnya nak merayau sendiri kat jalan tu sambil cari hotel. FYI dari airport boleh naik keretapi ke stesen Jogja sebab letaknya sebelah airport je, sonang amek.
Sesampai je di Malioboro St tu pakcik beca pun offer service katanya 5k je ke Kraton, Taman Sari dan Water Castle tapi dia akan bawa ke tempat belanja sebab dia akan dapat points. Biar bener nih? Murah bangat sih..... aku memang suka naik beca, rasa macam zaman dulu-dulu je... zaman filem P Ramlee tu... klasik. Di Jogja becanya tak boleh berinjin nanti kena saman sebab tak selamat-depa guna tayar beskal unlike di Medan 1 & 2 dan Aceh.
Okaylah memula dia bawak ke kedai batik yang eksklusif... no doubt memang cantik ler tapi aku tak berniat nak membeli batik lebih-lebih lagi baru sampai pulak tu. Bila aku keluar dari kedai dia ingatkan aku kembali yang dia akan dapat points kalau aku beli barang so being orang Melayu yang lembut hati (susah betul jadi orang Melayu nih hikhik) aku masuk balik pilih kain batik untuk omak den. Lepas tu aku bilang aku ga mau lagi belanja antarkan aja ke Kraton. Boleh pulak dia jawab dia ada job amik budak sekolah lagi 20 minit. Dah ada tugasan yang pi angkut kitorang ni buat apa? urggghhhh...... entah iye entah tidaklah tu..... tapi dia tolong jugaklah kami cari penginapan dekat-dekat laluan kami tu tapi full. Lepas tu ada 2, 3 lagi yang offer service tapi kami decided nak jalan kaki je. Fuhhhh !!!! gila tol jalan kaki......
Now i know pak menteri bersunat kat mana hehehheh...
Kereta kuda dipanggil andong dan pengendalinya semua memakai songkok jawa tu ... lupa dah namanya... kalau kat Bali dipanggil 'udeng'. Di Jogya ni semua pengayuh beca dan pengendali andong memakai baju yang bertulisan Yogyakarta/Jogja/Malioboro and some of them ditaja oleh pihak hotel.
Kami mula berjalan kaki dari Jalan dot dot dot ke Jalan Dagem mencari hotel. Gila ko..... nak backpacking sangat ler kan.... amik ko hotel kecik besor murah mahal semua FULL! Nasib baik pergi dua orang je. Room yang rege rm250 above tu adalah tapi budget kami jauh lebih rendah daripada tu sebab nak stay 5 hari. Lepas keluar masuk hotels reception kat jalan Dagem sambung pulak ke Jalan Sastrowijayan baru le dapat sebuah bilik... alhamdulillah....itupun owner dia tengah dok kemas tukar cadar mop lantai segala. Dok Utar Losmen je noks, tak boleh tawar dah, kat sana pun cuti raya Cina.
Jalan masuk ke losmen ni lorong kecik je dan semua motor kena matikan enjin sebab tu senyap je kawasan ni. Memang menariklah, masuk lorong ni boleh tembus kat lorong sana.... jumpa hotel jumpa cyber cafe.... jumpa mat saleh jumpa orang Indo... orang Malaysia je aku tak jumpa. Bila kita dah masuk ke lorong tu ada pelbagai jenis penginapan kat sini hotel sederhana siap swimming pool pun ada disamping losmen yang ada kelas dan yang biasa-biasa. Losmen yang aku duduk kat atas tu actulally rumah persendirian tapi dan diubahsuai sampai jadi 15 bilik. Bilik aku tu dilengkapkan dengan katil king bertilam foam yang masih bagus, kipas dan siap bilik air yang bersih tapi biliknya agak sempitlah... Itupun dah syukur, lebih baik daripada tidur kat masjid huhuhuhu.... dah terbayang-bayang kat kepala aku kena tidur kat masjid bila semula hotel gantung tanda FULL adehhhh...
Lepas solat kami pun memulakan perayauan kami ke arah stesen keretapi. Kesian tengok makcik ni.... murah je sate tu 10 cucuk 5k rupiah. Pada pendapat aku la kan since ramai daripada kita ni pemurah lebih baiklah disedekahkan duit hangpa tu kat makcik-makcik yang berjualan macam ni sampai ke malam daripada bagi kat yang meminta-minta tu terutama time kita tengah makan. Nanti aku ceritalah. Depa ni dah tentu mencari rezeki yang halal dan kelihatannya memang susah. Tak beli pun takpe bagi je seikhlas hati. Kekadang tu ternampak yang pangkat nenek dok tanggung sayur yang berat kat belakang badan kesian sungguh menengoknya. Kalau mereka tak susah lebih baiklah mereka duduk di rumah bila umur dan kudrat semakin kurang, tak gitu?
Kami terserempak dengan rombongan budak-budak pesantren dan tahfiz kat area stesen keretapi nih.. seronok la kan dapat jalan-jalan dengan kengkawan. Aku pun camtu gak dulu.
Dah 3.12 pagi ni .....nanti sambung ek.
4 Comments
pergi berdua? buat survey dulu ke ke sana?
ReplyDeleteActually masa AA promo main taram ke klik Jogja-Solo ni dah tak tau nak ke mana. Padang, tak minat masa tu. Nasib baik pergi berdua kak, kalau angkut semua sekali tak masuk la Prambanan dan Borobudur tu sbb ticket untuk intl tourist 150k sorang huhuhuu....
ReplyDeleteKira survey pun ye jugak la...nantikan cerita seterusnya hahahha....serammm
hi kak,
ReplyDeletesy google pasal jogja kluar hit blog akak ni ;) sy tgh plan itinerary, nk ke sana 17 may nnt. what a bad time to buy the tix, masa tu indonesia public holiday, 4days weekend! memula ingat nak gamble je, tp bila cek kt agoda most hotels dah penuh, now kelam kabut nak carik bilik nak stay kat sana nanti, takut kena tdo masjid la. hihi.
akak ada x simpan no tepon utar losmen yg akak stay tu? dia dekat je ngn town n senang nk cari makan kan kak? if akak ada, tolong bg kt saya ye.
tima kasih byk2 in advance kak ;)
hai yannie bunny,
ReplyDeleteTrimas kerana sudi menjenguk ke sini. Maaflah, kadnya dah tak jumpa, tak plan pun nak stay kat situ lagi kalau ke sana nx time. From my observation masa kat sana, tuan rumah tu tak nak pun org book konsep dia siapa cepat dia dpt kalau time long weekend cenggitu.
Dah try hotelcombine/hostelbookers? atau homestay lain? Room yg berharga lebih darp rm250 mungkin ada kot tp yg murah2 jgn haraplah. Cuba cari jugak kat backpackers area di Prawirotaman dlm 3km dr Malioboro. Mkn senang jugak kat situ cuma jauh sikitlah dr pusat wisata.
Feel free to leave your comment below. Thank you.