Aceh: The Unexplored Heaven!- Day 1



Assalamualaikum.

Aku sudah bilang pergi ke serambi Mekah kan, bukan kat Kelantan tapi di Banda Aceh, Indonesia. Tema tourism Banda Aceh ialah Feel the harmony, discover the extraordinary. Ya, pengembaraan kali ni berlainan daripada biasa kerna hajatku semata-mata nak melihat kesan-kesan peninggalan tsunami yang terjadi selepas gempa bumi 9.3 skala richter pada 26 Disember 2004. Terkuat setakat tarikh tersebut.

Sebelum terlupa to ladies, silalah berpakaian menutup aurat ya, yakni berbaju longgar dan labuh hingga paras lutut. Pakai dress/skirt labuh pun okay. Nanti tak dibenar masuk ke masjid dan makam. Pompuan Cina kat sana pun pakai skirt paras lutut takde yang lebih pendek daripada itu. Takde masalah pun sebenarnya sebab kalau pergi umrah/haji boleh je kita tutup aurat kan? Pihak pemerintah sedang berusaha mengembalikan kegemilangan Aceh sebagai pusat pemerintahan Islam yang hebat seperti di zaman Sultan Iskandar Muda. Pada masa tu Aceh berada di tempat kelima tapi biasalah lama-kelamaan kita menjadi semakin lalai dan lupa.

Kami sepatutnya ke sana seramai 9 orang tapi 2 tinggai pasai dapat job offer - kojo gomen- jadi tinggallah 7 budak hitam. Dua budak hitam bergerak ke Sabang (Pulau Weh) tinggal 5 di Banda Aceh.... hahahahha.....aku payah sikit nak duduk rumah orang sebab aturcara sudah disusun, takut miss.

Airport ini aku yang punyaaaaaaaa..!!!!!

Bandar Udara International Sultan Iskandar Muda...... longang yo. Masa kami sampai cuma ada pesawat Sriwijaya Air baru sampai dari Medan/Jakarta

Ini lapangan terbang yang baru, yang lama dekat sebelah je. Gempa bumi dan tsunami 2004 lalu adalah peringatan dan pengajaran kepada manusia serta rahmat kepada rakyat Aceh yang masih hidup. Mana taknya... melimpah-ruah bantuan yang mereka dapat. Daripada hanya dikenali sebab konflik GAM dengan pemerintah Indonesia, Sabang semakin dikenali. Aceh mendapat airport baru, sekolah yang runtuh atau rosak teruk strukturnya dibina semula, dapat jalanraya baru yang semuanya masih elok hingga ke hari ini malah jalan sempit sehala menjadi dua hala dengan 4 lorong. Itu baru yang kita nampak. Lain-lain: semakin banyak pesantren,  roh Islam ditingkatkan sampai ko akan rasa seronok berada di sana.......... nak makan pun senang. Kiranya orang lelaki yang berpuasa kat sana susahlah nak membuat maksiat mata sebab bertutup semua, walaupun ada jugak yang memprotes dalam diam. Biasalah tu.....



Mereka berlima di minus yang mendongak tu menumpang teduh di rumah kawan pakcik den tu ha....Kami berdua pun dijemput sama tinggal di sana tapi kami ada rancangan lain mau ke Sabang so kita split lah.

Menurut Ida wife si Indra masa tsunami dulu rumah mereka ni yang dekat dengan laut tenggelam habis ground floor. Mereka semua dengan perasaan takut, sedih dan macam-macam lagilah tersadai di tingkat atas. Dia kata nasib baik ada orang lempar mi segera boleh gak buat alas perut. Air dahlah tak ada. Masa air dah surut banyak mayat yang bergelimpangan kat atas jalanraya tu. Air lumpur tu bergerak sampai 20km dari laut dengarnya. Al fatihah buat mereka yang telah pergi.

My husband and me lepas makan terus naik kapal lambat menuju Sabang. It takes 2 hours to reach there. Kalau naik kapal cepat Pulo Rondo atau Express Bahari 45 minit je dah sampai tapi kami dah terlewat, kapal lambat pun dah nak bergerak jugak pada masa tu. 4pm last dari Pelabuhan Ulee Leue itupun kalau menepati waktu. Pada akulah kan naik kapal lambat lagi best sebab dapat berada di tingkat paling atas (orang panggil deck ek?) sambil join the crowd of local peoples. Boleh jugak melihat lautan yang luas, boleh nampak dolphin........... aku dapat tengok sekor je itupun agak jauh.

Masa atas kapal tu kami berbual dengan Riesma, orang Sabang, tentang tragedi tsunami. Menurutnya bila mak dia dengar ada saudara yang meninggal di Banda Aceh so dia pun naik kapal menuju ke sana tapi bila dah sampai pelabuhan kapal tak boleh berlabuh pulak sebab jeti dah hilang. Jadinya macam bahtera Nabi Nuh la.... terapung je kat situ then terpaksa patah balik. Weiiii.......... dengar pun sedih.

Approching Pelabuhan Balohan, Sabang, Pulau Weh. Dulunya pelabuhan penting ni selain Melaka.

Aku pernah tengok gambar kawan yang keje kapal naik ke kapal besar guna tangga gini dari bahagian luar (dihantar dengan speed boat ke tengah laut). Aku rasa macam best je panjat kapal tu.

Dari atas aku nampak pakcik beruniform dengan budak-budak tu so aku pun menonong ke sana tapi alamakkk!! tangga sebenar kat sebelah sinun pulak. Laki mak dah turun nyah, aku cuak.... lepas ke tak nih? Bapak tu bilang ngak apa-apa bu.... turun aja    hahhahah....tu lah kan, nak sangat turun/naik kapal ikut tangga ni akhirnya tanpa disangka dapat pulak. 

Dari pelabuhan ke pantai Iboih/Gapang 50k per orang tak mau kurang. Aku malas betul bab haggle nih bosan pun ye. Disebabkan hari makin gelap kami setuju je lah. Yang bikin sakit hatinya aku sedari awal dah bilang mau ke Iboih tapi dia berebut jugak dengan minibus lain-lain tu nak bawak kami tapi dalam taksi tu dok suruh kami tidur kat Sabang sambil bilang kami dua orang je ke sana, balik karang teksi kosong. Yang ko berebut sangat tadi ngapo???? Dia pun turunkan kami kat pekan Sabang then pass kat teksi lain. Syukur drebar teksi yang lagi satu tu baik, dia bawak kami ke Gapang beach sekejap sebelum ke Iboih.

Di Iboih kami tinggal di Erick's Green House sebab itu yang terhampir. Niat asal nak bermalam di Yulia's Bungalow tapi kena berjalan dalam gelap 300m ke depan pulak, torch light dahlah tak bawak aiseyyyy............ kena datang lagi nampaknya. Kat sini chalet dipanggil bungalow dan di Yulia paling cantik.

Malam tu kami berkenalan dengan kumpulan pemancing dari Malaysia yang tugas hakikinya hebat-hebat belaka. Pakli- the leader kata dia ada sewakan bot memancing, satu di Aceh another one di Bali. Try tengok kat http://www.acehfishing.com/ maybe itu dia punya. Ada jugak youtube singer and guitarist, bule lagi! Yang frustnya tu.......... kamera tinggal lagi kat bilik! adoyaiiiii.......

Nota kepada diri sendiri dan semua:
Bila berjalan make friends, bina silaturrahim. Jangan bagi alasan sibuk dengan anak-anak. Kadang-kadang Allah bagi rezeki yang tak dijangka. Macam kami, antaranya dapat dapat resipi dari istana utara lagi.

Post a Comment

0 Comments