Oleh kerana Muzium Tsunami Aceh tutup di tengahari kami planned pergi sebelah petang sajalah. Muzium rasanya tak pernah termasuk dalam my itinerary hehehh.... kecuali Luvre Muzeum yang kat France nun yang kuteringin benor nak jejak kaki. Muzium ini yang terletak 1 km dari masjid Baiturahman. Ia juga berfungsi sebagai pusat kajian dan pendidikan gempa bumi serta tsunami, selain menjadi escape building in case tsunami strikes again. Direka oleh arkitek tempatan Ridwan Kamil, ideanya sangat hebat, genius! banyak gambar architechure yang kami ambil di sini. Nak tempek bebanyak kang abih pulak limit aku. Yang menjadi bahan kritik, muzium ini dibina dengan restoration fund yang sepatutnya digunakan untuk membantu mangsa dan memperbaiki infrastruktur yang rosak. Yang lebih tak syiok lagi time kami pergi tu bilik simulasi ditutup :(
Di dalam muzium ini dialunkan puji-pujian kepada sang Pencipta. Rare, belum pernah dengar lagi muzium lain pasang bacaan quran, ke aku yang ketinggalan LRT?
Di dalam muzium ini dialunkan puji-pujian kepada sang Pencipta. Rare, belum pernah dengar lagi muzium lain pasang bacaan quran, ke aku yang ketinggalan LRT?
Di ruang yang terdapat sebahagian nama mangsa dialunkan ayat-ayat quran. Rasa sebak je. Kalau kami bersama geng Temerloh tu naya la depa kena tunggu sebab kami agak lama dalam muzium ni siap tengok video lagi. Kalau ikut group hos kita pulak tak boleh lelama sebab mereka rasa sedih so keputusan kami untuk split adalah terbaik.
Dalam muzium ni ada miniatur yang menggambarkan kekalutan penduduk semasa ombak besar datang. Ampitheathre pun ada. Kat sebelah muzium ni je terletaknya Kerkhof, sama macam muzium Kuching dok sebelah jirat cina.
Aceh banyak mendapat bantuan antarabangsa ...... masjid dan perumahan di Lampuuk banyak dibantu oleh kerajaan Turki tapi sayang ada banyak bangunan yang tinggal terbiar. Rumah-rumah bantuan yang mudah dikenali sebab sepesen jer .... banyak jugak yang kosong. Rumah tu aku fahamlah kenapa ia kosong, sesetengah mangsa dah tak sanggup nak tinggal di kawasan yang meninggalkan kesan pahit dalam hati mereka. Sumbangan ada dalam bentuk modal dan bangunan, ada dari Coca Cola, Samsung, Red Cross, Ronaldo, Jackie Chan, to name a few. Pernah jugak aku terbaca dalam satu artikel yang mana si penulis mengatakan kita memberi apa yang kita rasa mereka patut ada sedangkan sepatutnya kita memberi apa yang mereka benar-benar perlukan. Ada pro and cons. Betullah tu macam Garuda Theathre, i don't think peoples of Aceh perlukan sangat sebab cara kita berbeza....... bila sedih selalunya kita berserah kepada yang Esa. Sebaliknya walaupun dikritik Aceh Tsunami Museum boleh menjadi salah satu obyek wisata selain pusat kajian. Pelancong yang datang akan meningkatkan ekonomi Aceh.
Kami meneruskan perjalanan ke kawasan pantai yang terjejas teruk dek tsunami sambil berhenti sekejap bergambar di rumah Cut Nyak Dien seorang wirawati di Lampisang. Dah tutup time ni, dijadikan muzium dan library yang menghimpunkan cerita dan fakta tentang CND dan Teuku Umar. Rumah asal dah dibakar dek Belanda pada tahun 1896. Banggakan diaorang dengan penentang Belanda, kita bangga tak dengan penentang British?
Masjid Rahmatullah di Lampuuk- the only building survived from the disaster. Terletak cuma kira-kira 400 meter dari pesisiran pantai. 26 hari selepas tsunami di depan mimbarnya bertimbun 15cm pasir. Daripada 4000 penduduk kawasan ni tinggal sekitar 1000 orang je
Kami sampai dalam pukul 5 anak-anak Lampuuk dah habis mengaji
dulunya ............
Mungkin selepas tsunami dulu bahagian atas masjid ni dijadikan tempat belajar menjahit
Ada laut .... ada bukit
Rasa macam nak panjat tangga tapi takut pulak bila nampak dinding-dinding yang retak
Pokcik ni mintak aku amik gambaq dia, kalau ada sesapa kenai bagi tau dia nooooo
Ke Lhoknga beach pulak. Perniagaan tepi di pantai sehingga jam 7 sahaja... no dating dating hokkkay! Pantai ni dipopularkan sebagai tempat surfing so mungkin ramai orang ke mari during weekend.
Romantik ....... ehem ehem... for photography session only lah.
Yang sebenarnya aku dok membayangkan masa tsunami dulu ombak dan awan bergulung-gulung macam gambar yang sebelum ni.
Woiitttt....... dah 3 hari dah ni, bila nak shopping?
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.