Medan Day 2 | Danau Toba



Hari ni plan kita nak gi Danau Toba ikut Permatang Siantar. Lalulah kat Restoran Simpang Tiga dan Pasar Bengkel tapi tak singgah pun sebab tak sabar nak bersantai di tepian tasik gunung berapi yang kedua terbesar di dunia. Kepala terhantuk ke kanan rebah ke kiri tak jugak sampai-sampai lagi.... jauh nkooo..... 4 jam baru sampai Parapat. Jalannya bukan macam Plus atau Lekas, ada yang condition teruk.


Pagi-pagi aku dah terjenguk-jenguk kat depan hotel mencari kedai nak beli bekalan untuk perjalanan ke Danau Toba. Ada la sorang mamat ni katanya jadi jaga malam kat hotel tu tunjukkan jalan ke Indomart. Dari tunjuk ajar dia tu aku yakin boleh pergi sendiri bukannya jauh lagipun aku bukan jenis nak berteman nih. Dia nak jugak hantar aku......sambil mintak singgit buat kenangan tapi aku bo layan je. Bila time nak bayar je dia mintak rokok sekotak. Cisssss........ pagi-pagi lagi dah membuat onar. Si cashier pun tunjukkan muka kurang senang. Aku pulak dengan berat hati lepas timbang kati bagilah....... samdol betul! Kalau dia mintak makanan dengan ikhlas hati aku bagi.... apalah salahnya bagi orang makan pagi-pagi kan? Aku tak bercakap lagi dah dalam perjalanan balik ke hotel tapi dia sempat lagi mintak singgit tu...... dah la dapat rokok nak duit pulak. Dah 14 tahun aku kahwin tak pernah sekalipun aku belikan rokok untuk laki aku tau. Cissss!

Hari-hari seterusnya takde pulak aku nampak muka dia. Ntah-ntah dok melepak je depan hotel tu tunggu mangsa.

Ada beberapa pengusaha iks buat kubah masjid. Banyak jugak aku nampak orang yang buat bisnes barangan besi ni termasuk jalan yang nak ke Residence hotel tu

Yang ni elok lagi, tak padat. Ada tu sampai bergayut kat luar kesian anak-anak sekolah ni. Bila tengok keadaan tu maka bermulalah khutbah aku kat anak-anak ......... korang berhantar berjemput sampai depan pintu bla bla bla .........tak nak belajar bla...bla...bla.... aku kan omak, kat mana-mana tetap jadi omak

orang besar-besar meninggal la ni

Anak-anak sekolah............ ada beberapa jenis uniform sekolah aku nampak. Cuba ko tengok kemeja tu pendek je kan? Kalau tuck in pun kejap je dah keluar balik. Kalau yang bersekolah agama lagi la polik ghoman ea.... Bila tengok skirt deme nih teringat pulak cerita Ada apa dengan cinta (kalau tak silap) yang Dian Sastro berlakon tu.. alaa Cinta dan Rangga tu lah.

Anak-anak aku heran tengok budak-budak kecik ni balik rumah jalan kaki sendiri je. Seronok tengok situasi begini, anak-anak lepas bebas pergi balik sekolah sendiri. Aku rasa kita di Malaysia dah semakin hilang kebebasan yang ini. Perasaan bimbang dan takut sentiasa ada.

Walaupun van Xenia tu bertutup rapat tapi bila dah nampak pokok-pokok semacam ini sahlah kita berada di kawasan tinggi. Sejuk segar udara kat sini

Dah masuk kawasan Parapat. Yang kat bawah ni kubur orang besar-besar kaum Batak kot, siap pintu pagar berkunci dan facing lake lagi. Kubur dia orang ada yang sama besar dengan rumah. Ada yang dok sebelah rumah ada yang kat ladang....... kat Malaysia seiingat aku Jins Samsudin pernah mohon untuk dikebumikan di kawasan rumah dia bila meninggal nanti tapi tak dapat kebenaran. Dah lama aku dengar cerita ni kalau tak betul aku mintak maaf. Eloklah tu ....... toksah la dok kebumi merata-rata...anak cucu sendiri belum tentu nak duduk kat rumah tu nanti, nak dijual pun belum tentu ada orang nak beli. Ko nak beli rumah pakej dengan kubur?

Penternakan ikan dalam sangkar

Dah serabai masing-masing bangun tidur. Lens aku mula buat hal kat sini.. tension aku! Terpaksa la aku mengangkut camera berat tapi tak boleh bergambar huhuhuhu....... so gambar-gambar selepas ini kami bergilir-gilir shoot.

Pak supir kita si Rizal bawa jalan-jalan sekitar kawasan Parapat dulu. Ada ramai orang jual mangga udang di sini tapi Rizal kata harganya mahal.... biasalah di kawasan pelancongan, sembelih selagi boleh.

Rumah Sukarno mengadap tasik ............ dah jadi muzium kot. Kita tak masuklah

si Rizal dok melayan Azmin. Okay servis dia ni tak ralat kalau nak bagi tips, lagipun dia tak mintak. Kalau nak beli apa-apa tepi jalan dia tolong tawarkan harga dulu, dia pun tolong 'selamatkan' kami bila perlu tapi kalau kita dah 'ditawan' dia takkan campur lagi nanti jadi hal lain pulak. Dia kata nanti dibilang menyekat rezeki orang buk.

Dah pukul 2pm waktu Malaysia perut pun dah lapar weh........... jom makan!

Makan yang ini je dah kena 194k gila mahalll! Kat Malaysia pun tak kena macam ni. Laki mak tokleh gi makanan padang ni nyah..... sekali ni aja dia makan. Ada 2 jenis lauk kita tak usik pun tapi dikira jugak. Bukannya bangunan gah pun...... ish. Anak-anak aku pergi restoran mana-mana pun kat Medan ni dok makan ikan sembilang dengan sambal jugak except yang sorang tu makan ayam. Hidangan nasi padang ni biasanya dalam setiap piring ada dua ketul lauk. Kalau kita dah ambil seketul depa akan kira sepiring jugak. En suami dok kata makan kat Bali lagi murah, sedap pulak tu. Yep.... makan nasi padang kat pantai Kuta baru 10k sorang, kat restoran Padang yang dekat monumen tu harga lebih sikit je. 

Feri penumpang di pelabuhan Parapat. Tambangnya 7k sorang tapi kami tak naik yang ini kerana van pun nak naik sama.

Feri besar ni kena naik di pelabuhan Ajibata- van kena 95k. Ada je yang berjualan kat atas ni but for muslims berhati-hati ya sebab orang Batak mostly kristian and they eat B1 (anjing) and B2 (babi).

mee goreng! mee goreng! tulur tulur

intonasi si penjual buat aku teringat kat penjual dalam bas di Teluk Intan in 90s dulu....

ais ais kacang burgerrrrrrr ......... eh Tod and Youne, ko ingat tak? hahahha

Danau Toba yang sangat luas dan indah... subhanallah

Dah sampai pelabuhan Tomok

to be continued...........................





Post a Comment

0 Comments