Kepo-kepo, propa-propa, provok-provok, nothing thru unless............................. attention seeker!
Walaupun kisah pariah ni dah basi tapi aku nak jugak bercakap. Suka hati aku la kannnnn........ dah lama aku simpan komen sehinggalah aku khatam membaca buku tu last week. Punyalah susah aku nak membaca buku dengan khusyuk dan tawaduk sekarang ni tak seperti dulu, sebelum zaman internet.
Firstly, kalau betul buku ni akan diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tersebut dan pemimpin kita tiada upaya untuk mempertahankan satu hasil karya seni yang baik, ia adalah satu sejarah hitam dalam bidang kesusteraan Melayu. Macam Dato' A Kadir Jasin katakan kita ni (tak tahulah siapa kita tu) terlalu apologetic.
In page 251- situasinya dalam pelayaran ke Malaya
Satu perkara besar yang membuat mereka senang bergaul ialah mereka itu tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak takut mengotori sesiapa kalau bersentuhan dan mereka bebas lepas bergaul............
Penulis tidakpun merendah-rendahkan kasta Pariah tu.
In page 257- setelah sampai di Pulau Pinang
Di Pulau Pinang ini orang-orang dari Kerala hampir sama banyaknya dengan orang India dari daerah lain. Mereka ini masing-masing dengan pekerjaannya. Di sini, Maniam mendapati pekerjaan menurut kasta seperti yang masih berlaku di negerinya tidak ada.
Ada juga dicatatkan di muka surat lain di India, orang berkasta rendah perlu meletakkan duit di dalam satu bekas sebelum diserahkan kepada pekedai ketika membeli barang semata-mata untuk mengelakkan daripada bersentuhan. Kasta Pariah hina di India.
Buku ini menceritakan tentang perhijrahan orang-orang Cina dari tanah besar China ke Malaya akibat kemiskinan. Orang Hokkien dan Hakka yang sememangnya dah tak ngam kat negara sendiri terbawa-bawa ke dalam tongkang tapi berbaik-baik bila sampai ke Tanah Melayu. Datang sini bawa lanca, angkat tong najis (tapi upahnya agak baik), jadi pelombong, pajak kebun orang, jadi peniaga dll. Mereka datang untuk wang besar. Apa saja kerja asal jadi duit yang banyak daripada pekerjaan yang sebelumnya. Halal ke tak halal ke........ ada dia kisah? They aren't muslims anyway.
Orang India pulak jadi pengangkat barang di pelabuhan, buat jalan dan kerja di estet seperti yang kita tengok hingga ke hari ini. Correct? korek..korek...korek....... (seperti pernah kudengar tapi di mana ya??)
Orang Melayu yang ada banyak tanah, kebanyakkannya terlibat dalam bidang pertanian, bukan masyarakat peniaga, kurang modal. Betul? Dulu-dulu orang Melayu tak nampak pentingnya pelajaran sampai guru besar terpaksa heret budak-budak yang cukup umur ni ke sekolah. Dah mak bapaknya tak mau hantar, paksa! Nasib baik kena paksa. Bak kata mufti, biar kena paksa masuk syurga daripada redha masuk neraka.
Dia orang memang pendatang tapi seratus plus plus tahun dahulu. Pendatang ini jugalah yang sama-sama membina ekonomi dan kemajuanTanah Melayu.
Kita ada belajar tentang sistem kasta ni semasa sekolah menengah tapi tak tahulah aku sama ada diamalkan di sini atau tidak. Takkan diamalkan lagi kot..... anak-anak orang berkasta rendah pun ada yang jadi doktor, lawyer, engineer, ahli muzik........(wahhh macam dalam Kassim Selamat pulak). Lagipun penulis dah mention orang-orang India yang datang ke sini berasa seperti berada di negara sendiri berdasarkan suasana di Pulau Pinang. Orang dari negara dia je yang dok meramaikan pulau tu. Yang lagi best kat sini sama rata. Cuma yang aku heran orang yang dok mengamuk-ngamuk tu tak nak pulak suruh tutup sekolah Tamil sebab pada asalnya sekolah tu dibina di estet untuk anak-anak pekerja ladang.
So apa kes yang dok kepoh-kepoh tu? Nothing. Politik. Dulu kalau tak silap aku Kimma ada mintak perkataan keling dikeluarkan dari kamus DBP. Yang ni lagi satu. Anak-anak zaman sekarang dok cari info daripada wikipedia, kalau dapat daripada wikileaks lagi bagus. Kamus tu tak dijengah hari-hari pun.
Berhentilah buat kerja-kerja sampingan ni............ letihlah nak dengar. Banyak lagi agenda negara yang ko boleh tolong capai. Ko belajar cakap BM sampai fasih lagi bagus, bolehlah ko baca buku tu dari muka surat pertama hingga yang ke lima ratus tiga.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.