Travelog Bandung - Day 4



Pagi ni aku breakfast air teh aje, dah 2 hari minum kopi pekat. Kalau kat rumah kopi pekat ni untuk my hubby je aku punya kopi yang manja manja..asal rasa kopi sudah.


Ni nak sambung Travelog Bandung - Day 4.

Yang baju oren tu staf hotel yang lain-lain tu kengkawan dia dan tourist guide. Biasanya depa guide ke tempat yang jauh je seperti Papandayan atau Jogja. Boleh je get along dengan depa ni, they can speak English but with telo Indo la. Malam depa layan para omputeh tu minum minum. Memula tu aku pun menenggek kat situ but after that duduk kat bangku luar je sebab tak tahan bau bir. Kita manalah biasa kan....


Every morning aku akan baca koran sebab bahasanya lebih kurang je dengan kita so i can easily understood. Memana yang tak faham tu aku tanya kat depa. Yang bagusnya orang Indon ni semangat kebangsaan dia, semua orang menggunakan bahasa yang sama- bahasa Indonesia. Aku dengar satu family Cina tu cakap bahasa kebangsaan dia anak-beranak hampir keseluruhan conversations. Kat tempat kita memang ramai yang nak menggunakan satu bahasa but not Bahasa Melayu, betul tak? Sebab tu lah kalau omputehs yang pandai bahasa Melayu bunyinya telo Indonesia. Shopping complex pun guna bahasa Indo.

Lagi satu, penggunaan baju batik sangat meluas tak payah paksa pakai hari Khamis macam kita. Kalau tak percaya tengok artis-artis mereka bila ada urusan rasmi atau majlis keraian. Melawat jenazah pun pakai baju batik baik bangsa asal Indo baik Cina. Jadi pilihan pakaian batik dia sangat pelbagai.

Nampak tak? Batik seragam jemaah haji

Pelan asalnya aku akan ke Jakarta naik train pada hari Isnin tapi tak jadi. Setelah ditimbang tara kalau setakat nak pergi Mangga 2 dan Tanah Abang tu tak payahlah buat masa ni. Nak ke Ancol anak-anak takde pulak. Tapi aku teringin sangat nak ke kawasan perumahan Pondok Indah yang dikatakan lebih hebat dari Damansara Heights. Berangan le dulu kan?

Ni Holland Bakery yang bukan berada di Holland. Indonesia lama dijajah oleh Belanda jadi rakyatnya ada yang muka berbeza sikit dengan yang lain. Dalam jarak +-100m dari hotel aku tu ada 3 gereja yang berdekatan tapi berlaina mazhab kot.


Ni time sekolah tapi anak-anak muda ni dok melepak. Remaja yang tak bersekolah kat sini ramai jugak atas alasan miskin tapi sangat ramai yang merokok. Adoyaiii.... kalau dah susah janganlah merokok.... sumbat asap dalam badan buat apa? Beli nasi lagi bagus


Hari ni kami ke Gunung Tangkuban Perahu. Di sini ada 12 kawah, yang kat belakang aku tu Kawah Ratu. Tak boleh turun tapi ada laluan nak mengelilinginya. Indah sungguh ciptaan Allah...inilah tujuan utama aku berjalan-jalan untuk cuba memandang, melihat, memahami dan menghargai ciptaan Tuhan. Aku tak keliling kawasan ni sebab orang kata Kawah Domas lebih bagus.

Yang ni Kawah Ratu di Taman Wisata Alam unung Tangkuban Perahu

Kalau takde supir sendiri nak hop on hop off pun boleh. Dr Bandung Indah Plaza naik angkot menghala ke Cicaheum-Ledeng dan turun kat Terminal Ledeng di Jl Setiabudi - IDR3k. Then take a minivan/'Elep' menghala ke Subang dan turun kat Tangkuban Perahu- IDR12k. Lepas tu kena naik lagi 4-5km ke puncak, boleh sewa "teksi motorsikal". Aku tak pernah try tapi ada nampak banyak motor kat situ....betullah kot. Macam susah je kan? Sewa keretalah!

Mak mak orang yang lupa diri sekejap hehehh

If u all datang ke tempat ni dan berhajat nak ke Kawah Domas yang aktif tu, ambil dulu gambar kat puncak tu (yang ada muka2 kami ni). Lepas tu turun ikut laluan di bawah ni (gambar aku yang ada banner tergantung kat belakang- jalan ni selepas kita bayar tiket) so u don't have to pay for tour guide dan hard seller tu pun mungkin tak mengikut. Kalau u all tak merayau keluar dari laluan yang dah ada tu insyaallah tak akan sesat. Dia orang ni pandai psiko kita. Fees nak masuk sini 250k rph sejam untuk 5 orang, lebih masa kena caj lagi (kami dah kena but it's a good experience to share). Everage memang amik masa 2 jam untuk turun naik termasuk rehat dan massage kaki sekejap.


Haa...lepas bergambar kat atas tu (kat signboard) boleh ikut jalan sebelah kiri aku tu turun ke Kawah Domas. Jalannya lebih landai n no need to pay tour guide. Toksah la pakai kasut bertumit ye cik kiah...karang terpelecok satu hal pulak nak dukung sampai ke atas.


Inilah kawah gunung berapi yang masih aktif. Last eruption if i'm not mistaken in 1962/9. Masa tu takde teknologi seismology kat sini agaknya so sekitar 2 ribu orang yang mati. Now every week the seismologist akan check bacaan pada alat yang ditanam dalam tanah tu. Suhu air tu 100c takde sapa berani rendam kaki, nanti jadi sup kaki.
 

Kristal sulfur. Ada beberapa tempat yang jelas kelihatan. Baju pun akan bau sulfur. Pokok-pokok kat sini ada lapisan hitam sulfur.

Boleh rendam n massage kaki kat sini, airnya panas jugak tapi tak menggelegak. Aku pun celup kaki kejap2 je untuk buat bahan bukti hehehh...

Kalau nak urut kaki dengan mud tu pun boleh tapi aku tak buat sebab :
1) Pakai kasut
2) karang nak pegang kamera, tapi seller tu boleh aje tolong urut kalau u all nak-jangan lupa tips ya. Aku tak bagilah dia urut sebab dia tak bayar mas kahwin..... mana boleh pegang-pegang aku.

Yang dok kerumun cik kiah tu orang jual barang- hard seller bermacam dia jual..ada tasbih dari batu gunung ni (recommended kalau nak beli sebab di kota Bandung lebih mahal), fridge magnet, patung samurai, key-chain n so on. Gila punya harga. Kengkawan aku tu terkena la sebab anoyying sangat ....aku ni hati kering sikit, selamat. Depa ikut sampai atas tapi aku kan jalan laju n kurang bercakap so selamatlah. Cakap je ngak mau..if nak beli jugak masa dah sampai atas nanti..nko bargain lah.


*kebanyakkan gambar aku set sendiri- snap terus/letak kamera atas batu/tripod/ Anggak supir kami yang amik (aku dah arahkan dia cenggini cenggitu). Pak guide tu cakap "biar bapak ambilkan bapak sudah biasa..." hmmm yolah tu ...... banyak jugak tak seperti yang aku arahkan. Propa lebih.

Yang kat belakang tu tempat aku bergambar memula tadi. Batu yang aku duduk ni suam je rasanya. Alhamdulillah....dapat aku melihat sendiri keajaiban tuhan nih. Bolehlah aku cerita kat anak-anak aku nanti..... and who knows kot meletus lagi satu hari nanti, aku dah ada kenangan di situ.

Orang kata White Crater (kawah Putih) di selatan lebih menarik tapi amik masa 3 hours to get there. You have to take big bus from Kebon Kelapa terminal (also refered to as Abdul Muis Terminal) to Cidiwey sekitar 25km. Then nak angkot pulak yang mengarah ke Rancabali/Lake Patengan. Naik angkot to 10km to Kawah Putih. Dari situ jalannya 6km ke Kawah Putih....fuhhh!! menaip ni pun dah rasa penat apo lagi nak berjalan 6km. Sewa mobil dengan supir je lah senang!

Farther north of Tangkuban Perahu ada Ciater Hot Springs yang terkenal dan ladang teh. Aiyooo...rugi tak pergi.

Masa turun tu kami ke ladang strawberry pulak. Sangat seronok dapat petik sendiri then timbang. Aku tengok anak tokey tu makan kemain sedap lagik...telan air liur aku. Seperti yg aku jangkakan takdenye manis....except strawberry coklat yang Dato K bagi kat CT tu....



Gambar-gambar kat ladang strawberry last la ni sebab bateri kamera aku dah kong.

Selepas ini kami berhenti makan Nasi Timbel komplit kat Restoran Saung Pandengan yang luas dengan panoramic view. Sedap jugak...siap dengan sup jagung muda + ...apa ntah, ulam dan sambal belacan (tapi tak podeh) kami pilih duduk bawah bersila je sebab nak luruskan kaki aku yang sakit ni. Heyyy...aku jatuh sekali je tau kawan aku tu 4 kali masa turun ke Kawah Domas.

Then kami ke Chihampelas sekali lagi. Tempat ni famous dengan jeans tapi takde lak yang aku berkenan. Selain FO, DO (distribution outlet) pun ada kat sini but haganya sama je mahalnya. DO ni jual stylish products made by local designers yang belum ada marketing label lagi. Antara barangannya buku, indie label records, magazine, fashion n xcessories. Bila produk-produk depa ni dah famous depa akan buat own cloting companies yang mana sekarang ni dah ada 200 local brands. Marvellous! Yang membezakan DO from FO, DO ni datang dari individual designer and young entrepreneur while barangan FO datang dari garment factory.

Enuf cerita disiang hari.

Malam: hati aku berbolak-balik nak pergi....toksah.....nak pergi.....toksah.....akhirnya call teksi suruh hantar ke Everyday Spa di Graha Manggala Siliwangi, Jl Aceh. Actually aku ada 4 pilihan utama: Vintage Chic Spa- Raden Patah St No 6 (belakang Grande Outlet Dago), Rogers Salon Clinic Spa- Jl Ir Hj Juanda dan Ida Salon Spa- Jl Cihampelas but i chose Everyday kali ini.

Dari menu tu aku pilih "Balinese Boreh" yang urutannya kuat sikit. Si tukang urut tu muda lagi tapi jari-jemarinya memang kuat. Untuk pria tak tau la sapa yang mengurut lelaki ke pompuan. Memang best ler....dah penat berjalan kena urut pulak...

"buah dadanya mau buk?" lembut je dia tanya, org sebelah tirai pun tak boleh dengar

"ermmm..." apa nak jwb ek? terkebil-kebil jap

"ngak usah ya?"

"ya" pecah gelak aku hahahah....... tak kuasa mak, nyah!

Memang best lah pijat-pijatannya. Tapi masa dia mengurut tu aku terfikir "Balinese Boreh" tu sama je yang biasa aku buat kat my hubby cuma aku tak tau nama je. Wahh lepas ni boleh la caj dia urut 60 minit tudung Ariani selai, 90 minit english cotton sepasang mwahahhahah.....

Malam ni tak makan dah sebab masih kenyang makan Nasi Timbel siang tadi. Balik ke hotel terus bammmmm!!! tidurrrr............... so why should i pay for expensive room?




Post a Comment

4 Comments

  1. anak2 tu bukan tak sekolah, di indon tu sekolah ada 2: pagi-siang dan siang-sore...jadi kalau dorang nampak pagi tak sekolah most likely dorang gi sekolah siang-sore...

    ReplyDelete
  2. hsi anon, selepas ke Bandung in July 2011 barulah kutahu anak2 bawah 12 tahun sekarang ni wajib ke sekolah.

    ReplyDelete
  3. hi.. sonok la baca blog mom yang rugged nih... byk info baru !!!

    ReplyDelete
  4. thanks nurleeta, datanglah selalu

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.